Jumaat, 15 April 2011

Neelofa Oh Neelofa

Bulan Mac 2011,artis Neelofa bersama-sama krew-krewnya telah bertandang ke teratak kami.Kedatangan mereka adalah untuk menjalani rakaman rancangan * Sekolahku Hebat*.Heroin filem terbaru Azura 2 yang bakal ditayang tidak berapa lama lagi ialah seorang bekas pelajar yang pernah mendapat 10A dalam SPM rupa-rupanya seorang yang cukup peramah dan berbudi bahasa melayan telatah murid-murid sekolah dengan kuntuman yang manis di bibir membuatkan murid-murid menjadi berani apabila berhadapan dengan kamera.

Rancangan terbitan Astro Ceria ini mengunjungi sekolah yang mempunyai sesuatu kekuatan menjadikan sebuah sekolah itu hebat.Kepada semua krew Astro,kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian datang ke teratak kami untuk rakaman rancangan "Sekolahku Hebat"

Buat Neelofa,dahlah cantik,ditambah pula dengan kecerdikan minda yang begitu hebat dalam pelajaran.Teruskan perjuangan Lofa dalam bidang seni yang diminati.Kami disini tetap mengdoakan yang


terbaik untuk insan yang bernama Neelofa.Jangan lupa....JAGA DIRI,HIASI PERIBADI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan